Terasa lucu,
dulunya
asal bersua terus menyapa
bila
bersama bergurau tak ingat dunia
saat
mengilai tak kisahkan sesiapa
tak
jumpa sehari boleh naik gila
Tapi
hari ini adakah masih bersua ?
Iya
masih.
Cumanya
bila berpandangan sengaja memalingkan muka tanda
aku
tidak mahu lihat wajah ini. Asing terus antara kami.
Aku
tidak kenal sosok wajah ini.
Ianya
seperti tidak pernah mengukir kenangan dengan makhluk sesat ini.
'Cubalah
menyapa dia,' Kata si hati.
'Jangan
nanti kene palau.' Akal melarang.
Benci
ke ?
Terasa
ke ?
Segan
ke ?
Lupa
ke ?
Tidak.
Benci
terhadap mereka ditanam dalam-dalam.
Terasa
itu benda lama.
Perasaan
segan awal-awal lagi ditolak ketepi.
Mana
mungkin lupa, kenangan bersama mereka masih lagi segar tiada satu pun lupa cuma
sedikit samar-samar.
Mungkin
ego penyebabnya.
Itulah
jawapan kepada segala persoalan.
Dia
dengan tidak mahu tersenyum kerana takut runtuhnya ego.
Aku
tidak mahu menyapa kerana takut lunturnya ego.
Takut
untuk saling berpandangan kerana takut robohnya tembok ego.
Ego
yang dibela ketat-ketat inilah yang menghancurkan segala. Pabila lebih
menyayangi ego maka tiada apa yang boleh diperbuat lagi. Akhirnya putuslah tali
hubungan yang dibina dengan satu salam suatu ketika dahulu.
Ada
ke drama seperti ini ?
Ada
!
Tapi
ini bukan drama, ini hakikat realiti yang pernah terjadi. Realiti yang mengajar
seseorang untuk menghargai seseorang.
Saat
Allah menghadirkan seseorang, itu petanda permulaan pembelajaran kita.
Saat
Allah mula menarik seseorang itu untuk menjauh, itu petanda pembelajaran kita
hampir sampai ke bab terakhir.
Maka
bersedialah untuk menukil chapter lain bersama insan baru yang bakal hadir.
Saat
Allah mendengarkan kita perkataan selamat tinggal itu petanda pembelajaran kita
sudah pun tamat. Disinilah juga kita belajar apa itu erti redha.
Allah
merencana ini semua kerana Dia yakin bahawa kita juga bisa berdiri sendiri.
Tanpa sedar kita berjaya belajar apa yang diajar. Sentisalah menghargai diri
sendiri. Letakkan tangan di dada ucapkan tahniah dan terima kasih kepada diri
sendiri kerana mampu bertahan sampai kini.