Sunday, 5 July 2020

Ego


Terasa lucu,

dulunya asal bersua terus menyapa

bila bersama bergurau tak ingat dunia

saat mengilai tak kisahkan sesiapa

tak jumpa sehari boleh naik gila

 

Tapi hari ini adakah masih bersua ?

Iya masih.

 

Cumanya bila berpandangan sengaja memalingkan muka tanda

aku tidak mahu lihat wajah ini. Asing terus antara kami.

Aku tidak kenal sosok wajah ini.

Ianya seperti tidak pernah mengukir kenangan dengan makhluk sesat ini.

 

'Cubalah menyapa dia,' Kata si hati.

 

'Jangan nanti kene palau.' Akal melarang.

 

 

 

Benci ke ?

 

Terasa ke ?

 

Segan ke ?

 

Lupa ke ?

 


Tidak.

 

Benci terhadap mereka ditanam dalam-dalam.

Terasa itu benda lama.

Perasaan segan awal-awal lagi ditolak ketepi.

Mana mungkin lupa, kenangan bersama mereka masih lagi segar tiada satu pun lupa cuma sedikit samar-samar.

 

Mungkin ego penyebabnya.

 

Itulah jawapan kepada segala persoalan.

 

Dia dengan tidak mahu tersenyum kerana takut runtuhnya ego.

Aku tidak mahu menyapa kerana takut lunturnya ego.

Takut untuk saling berpandangan kerana takut robohnya tembok ego.

 

Ego yang dibela ketat-ketat inilah yang menghancurkan segala. Pabila lebih menyayangi ego maka tiada apa yang boleh diperbuat lagi. Akhirnya putuslah tali hubungan yang dibina dengan satu salam suatu ketika dahulu.

 

Ada ke drama seperti ini ?

 

Ada !

 

Tapi ini bukan drama, ini hakikat realiti yang pernah terjadi. Realiti yang mengajar seseorang untuk menghargai seseorang.

 

Saat Allah menghadirkan seseorang, itu petanda permulaan pembelajaran kita.

 

Saat Allah mula menarik seseorang itu untuk menjauh, itu petanda pembelajaran kita hampir sampai ke bab terakhir.

Maka bersedialah untuk menukil chapter lain bersama insan baru yang bakal hadir.

 

Saat Allah mendengarkan kita perkataan selamat tinggal itu petanda pembelajaran kita sudah pun tamat. Disinilah juga kita belajar apa itu erti redha.

 

Allah merencana ini semua kerana Dia yakin bahawa kita juga bisa berdiri sendiri. Tanpa sedar kita berjaya belajar apa yang diajar. Sentisalah menghargai diri sendiri. Letakkan tangan di dada ucapkan tahniah dan terima kasih kepada diri sendiri kerana mampu bertahan sampai kini.

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment