Friday, 27 November 2020

A Purpose of Life

 

4.10 minit pagi. Sabtu.

Hi annyeonghaseyo yeoleobun.

 

What is a purpose of your life?

Apa sebenarnya tujuan kita hidup kat dunia ni?

 

Pernah tak duduk termenung sendiri atau waktu kita tak boleh tidur atau bila-bila sajalah kita terfikir kenapa kita dilahirkan kat dunia ni. Apa tujuan hidup kita? Kenapa kita dilahirkan? Tengok diri sendiri. Flashback balik apa yang kita buat selama belasan tahun, puluhan tahun dalam kehidupan kita.

 

Bangun pagi

Mandi

Solat

Breakfast

Pergi sekolah

Balik sekolah. Ulang benda sama sampai kita habis UPSR, PT3, SPM.

Masuk universiti kerja dan kita ulang benda sama.

 

Kenapa kita buat semua tu?

Sebab semua buat macam tu. So, itulah tujuan hidup kita kan?

Itu yang ramai orang fikir. Bila cukup umur lima tahun kita mula masuk alam menimba ilmu secara formal. Kita belajar lepastu dapat result gempak waktu sekolah rendah pastu pulun lagi waktu sekolah menengah. Dapat masuk universiti lepastu dapat kerja beli rumah, kereta dan kaya raya. Bila kita buat semua ni kita dah dapat bahagiakan parents kita yang dari dulu nak tengok kita berjaya. Lepastu kita ulang benda sama sampailah kita dimamah usia tunggu mati.

 

Aku pun fikir begitu. Aku rasa itulah tujuan aku diciptakan. Hidup untuk puaskan diri sendiri. Jadi pandai dapat result with flying colour naik pentas sekali dengan parents pastu dapat duit dari sedara mara tanda penghargaan. Aku rasa puas.

 

Tapi betul ke itu tujuan hidup kita? Betul ke kita puas dengan apa yang kita tengah buat. Kenapa kita belajar? Sebab kita dapat ilmu. Kenapa kita nak ilmu? Sebab kita nak jadi pandai. Kenapa kita nak jadi pandai? Sebab nak kerja bagus. Kenapa nak kerja bagus? Sebab nak duit. Kenapa nak duit? Sebab nak hidup senang. Nak ada kereta, rumah dan sebagainya. Tapi macam mana kalau suatu hari nanti sijil yang kita dapat tak ada nilai. Nak apply belajar dengan kerja orang dah tak pandang sijil akademik dengan kokurikulum tu semua. Duit sudah tak ada nilai lagi, nak beli barang pun tak pakai duit. Adakah semua masih nak kejarkan duit tu?  Mesti tak nak kan? Buat apa kumpul duit kalau tiada nilai. Sia-sia baik kutip daun senang sikit nak dapat. Korang nak apa sebenarnya ni? Kejar benda yang tak pernah habis dan ulang dalam circle yang sama.

 

Sebenarnya tujuan hidup terletak pada Az-Dzariyat 51:56 dengan Al-Baqarah 2:30.

 

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

(Az-Dzariyat 51:56)

 

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. Mereka berkata, apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujimu dan menyucikan namamu? Dia berfirman, sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Al-Baqarah 2:30)

 

So, what is a purpose of our life?

Yes, as Abid and Khalifah.

 

Sebagai abid dahulu. Maksudnya ibadat kita terhadap Allah. Hidup di atas muka bumi ni kita perlu abdikan diri kita sungguh-sungguh kepada Allah. Kita boleh buat benda lain, tapi tujuan utama kita adalah ibadah terlebih dahulu barulah diikuti dengan perkara lain. Tapi kalau masa 24 jam kita gunakan untuk ibadah saja, mana waktu untuk kita buat benda lain? Bila waktu kita nak belajar, makan, mandi, main frisbee and so on kalau asyik ibadah saja?

 

Islam itu mudah. Tak semestinya kene duduk atas tikar sejadah je baru dikira ibadah. Apa sahaja yang kita lakukan niat kerana Allah dikira ibadah. Tidak semestinya perlu solat sentiasa baru dipanggil kita jalankan tujuan hidup kita sebagai abid. Islam itu menyeluruh. Kita belajar niat nak mengajar kepada orang lain itu dikira ibadah, kita makan bersumberkan sumber yang halal itu ibadah, kita bersuci diri itu dikira ibadah, kita bersukan juga dikira ibadah, kita kerja membantu ekonomi, masyarakat dan negara juga dikira ibadah kerana kita menjalankan fardhu ain dan fardhu kifayah. Sirah, akidah, ilmu hadith dan Al-Quran yang kita belajar itu adalah untuk membentuk kita menjadi abid.

 

Seterusnya khalifah. Kita semua adalah khalifah itu adalah antara anugerah istimewa yang dikurniakan Allah kepada manusia. Sebagai wakil untuk mentadbir dibumi.  Tidak semestinya perlu jadi president negara baru dikira khalifah. Semua di atas muka bumi ini adalah khalifah kepada diri sendiri dan juga orang lain. Kita ajar diri kita untuk jadi abid taat kepada Allah dan kita ajak orang lain untuk bersama-sama menjadi abid jalankan tujuan hidup. Maka kita diwajibkan untuk menerapkan cara hidup berlandaskan rules Islam dengan menegakkan kebenaran, menghapuskan perkara menyeleweng dari ajaran Islam. Dalam menjalankan tujuan hidup sebagai abid dan khalifah ini, kita perlu mengabdikan diri kepada Allah dan wajib menjalankan dakwah dan tarbiah agar seluruh bumi ini kembali kepada rules islam yang sebenarnya.

 

 Percayalah kalau semua orang menjalankan tujuan hidup sebagai abid dan khalifah, graf kebangkitan Tamadun dari zaman nabi sehinggalah zaman kejatuhan Tamadun Uthmaniyah mampu naik kembali. Kita mampu mencapai ustaziatul alam dimana idea dan tatacara hidup mengunakan ajaran Islam. Orang yang bukan Islam dizaman itu tunduk akan cara Islam untuk memajukan tamadun mereka. Kalau dilihat latar belakang orang-orang yang berjaya dulu, semuanya kerana mereka lakukan tujuan hidup.

Tujuan hidup ini mempengaruhi tamadun kita. Semua ilmu perubatan, astronomi, falaq dan teknologi-teknologi lain semuanya diciptakan oleh orang Islam pada mulanya. Resepi untuk mencapai puncak kegemilangan adalah menjalankan tujuan hidup.

 

Maaf kalau ada yang rasa aku provoke dan maaf juga kalau ada yang tak faham dengan apa aku cuba sampaikan. Aku tak pandai nak mengarang. Sebenarnya perkongsian di atas adalah apa yang aku dapat sewaktu aku mula-mula berkenalan dengan usrah dulu. Aku pun membangkang juga dalam diam bila orang yang bawa usrah dulu keluarkan bab tujuan hidup ni. Confused dengan apa yang cuba dia nak sampaikan tentang tujuan hidup. Tapi bila mentelaah balik seronok, banyak ilmu boleh kutip kalau selusuri betul-betul. Sebenarnya graf yang dimaksudkan tu adalah graf kemajuan tamadun dulu sampailah sekarang. Bermula graf berada paling bawah dizaman jahiliyyah sehinggalah naik menjulang apabila semua jalankan tujuan hidup sampailah graf tu jatuh kembali. Nak tahu graf kita berada dimana sekarang? Paling bawah, seolah-olah kita kembali berada di zaman jahiliyyah dulu.

 

Rasanya-rasanya kita mampu tak nak naik kembali ke zaman kegemilangan?

 

Boleh.

Kita mampu mencapai ustaziatul alam kalau kita betul-betul menjadi abid dan khalifah. Selain menjadi penerus sahaja, apa kata kalau kita jadi pemula. Pemula kepada kebangkitan generasi Islam sekarang dengan menanam kembali sifat-sifat Islam dalam kehidupan. Kita tampalkan yang cacat cela dengan hasil dakwah dan tarbiyyah kita.

 

Jadi selamat berbuat tujuan hidup. Yakinlah Allah tidak salah dalam memilih kita.

 

Tidur dulu.

 

 

No comments:

Post a Comment