Dua tiga hari lepas, hari jumaat kalau
tak silap aku. Waktu petang dekat-dekat nak masuk waktu asar macam tu. Aku ada
nampak beberapa orang remaja lelaki di kawasan perkuburan tepi masjid yang
betul-betul menghadap rumah. Rumah aku betul-betul berhadapan dengan masjid
jadi boleh nampak dengan jelas.
Ada orang meninggal ke.
Soal diri sendiri.
Rupa-rupanya imam masjid baru sahaja
meninggal. Maka hilang la seorang imam di tempat aku.
Pensil aku hilang
pemadam aku hilang
pen aku hilang
buah yang aku simpan bawah meja dalam
kelas hilang
paling tragis pembaris aku ada lima
batang dalam pensil box lima-lima hilang tingal satu saja.
'Manusia mana yang rembat woi!'
Tak marah tanya saja.
-----
Langkah kaki diatur menuju ke kantin.
Nak makan. Lapar.
“Makcik nasi berlauk bungkus satu. Duit
saya letak sini.” memandangkan makcik kantin sibuk melayan pelajar lain aku
mengambil sendiri nasi yang sedia di dalam raga kecil di hadapan. Duit
diletakkan disitu juga. Tak perlu berebut.
Selesai membeli nasi seperti biasa
terus duduk di meja makan disediakan. Setiap kali turun ke kantin meja itu la
jadi sasaran aku dengan rakan-rakan yang lain. Orang lain seperti sudah tahu
itu port kami dan tak akan duduk jika kami ada di kawasan kantin. Selesa. Bawah
kipas dekat dengan sinki. Strategik.
“Semalam kat kampung aku ada orang
accident. Motor dengan hilux.”
Meen yang baru sahaja menelan bebola
daging miliknya bersuara. Memecah kesunyian yang sedari tadi hanya bunyi sudu
dan garfu berlaga.
Aku masih fokus kepada makanan. Tidak
berminat nak ambil tahu. Tak kenal siapa-siapa.
“Hah siapa? Bila? Kenapa abah aku takde
bagitahu aku pun? Siapa meninggal?
Si manusia kepoh Iqi bersuara. Setiap
kali cakap tak pernah tak bersungguh. Orang dekat tempat dia accident mesti la
nak ambil tahu.
“Aku tak kenal siapa.”
-----
Aku naik kereta pulang dari sekolah.
Sepupu ambil.
“Anaqi dah tak ada.” sepupu aku
memberitahu senada.
“Dia pergi mana?”
Aku yang naif membalas kembali sambil
mengambil air 100 plus di sisi. Entah air siapa aku rembat.
“Bertemu pencipta. Dia kene langgar
dengan hilux semalam. Meninggal kat situ jugak. Kepala pecah.”
Sedaya upaya aku tahan sebak supaya tak
mengalirkan air mata. Kuat.
Bila kehilangan tak tahu arah macam
mana nak nyatakan. Tiada daya mahu luahkan. Hanya air mata mampu mengembalikan
kata-kata terbuku.
Hari Raya Haji pertama 2015
Mata aku merah. Aku menangis.
Hidung aku berair. Aku berhingus.
Sedih kucing aku nama Manja terkorban.
Bukan sebab disembelih, tapi dilanggar kereta betul-betu depan aku.
Hujan lebat la pulak. Sejuknya!
Kehilangan. Hari ini aku tengok orang
sekeliling menangis meratapi pemergian orang tersayang.
Sedih! Pilu!
Aku pernah merasa kehilangan. Pernah
menangis jugak akibat rasa kehilangan.
Dulu aku rasa kehilangan yang paling
sakit adalah kehilangan orang tersayang.
Sakit. Sumpah sakit.
Dia pergi waktu kita belum bersedia.
Dia pergi jauh tinggalkan kita terkapai-kapai walaupun baru semalam bersua
cerita. Hari ini ajal menjemputnya jua. Rasa tidak percaya.
Tapi......
itu dulu.
Kini kehilangan yang lebih sakit dari
segala sakit ialah hilang rahmat Allah kepada diri. Hilang kasih sayang Allah
kepada diri. Hilang perhatian Allah kepada diri. Kita rasa Allah sayang tapi
kita alpa.
Sebab Allah sayang, dia beri ujian
tanda peringatan tak nak kita hambanya lalai. Bicara Allah memalui ujian mahu
menyedarkan kita yang sedang lena dibuai mimpi dunia sementara.
Kala hilang orang tersayang di dunia
kita masih bisa berjumpa di kehidupan kedua di syurga sana. Dengan izin Allah.
Tapi bila rahmat Allah hilang apa masih punya jaminan untuk ke syurgaNya?
Tepuk dada tanya iman.
Jujurnya aku dah banyak kali rasa
kehilangan.
Aku hilang duit. Hilang kawan. Hilang
abang aku. Hilang kucing. Hilang keyakinan. Hilang buku sebab kene curi. Cuma
ada satu yang tak pernah lagi aku hilang, nama aku.
Salam duka dari aku.
No comments:
Post a Comment