Wednesday, 24 February 2021

Cerita Hilang

 

Dua tiga hari lepas, hari jumaat kalau tak silap aku. Waktu petang dekat-dekat nak masuk waktu asar macam tu. Aku ada nampak beberapa orang remaja lelaki di kawasan perkuburan tepi masjid yang betul-betul menghadap rumah. Rumah aku betul-betul berhadapan dengan masjid jadi boleh nampak dengan jelas.

 

Ada orang meninggal ke.

Soal diri sendiri.

 

Rupa-rupanya imam masjid baru sahaja meninggal. Maka hilang la seorang imam di tempat aku.

 

 

Pensil aku hilang

pemadam aku hilang

pen aku hilang

buah yang aku simpan bawah meja dalam kelas hilang

paling tragis pembaris aku ada lima batang dalam pensil box lima-lima hilang tingal satu saja.

 

'Manusia mana yang rembat woi!'

Tak marah tanya saja.

 

-----

 

 

Langkah kaki diatur menuju ke kantin. Nak makan. Lapar.

 

“Makcik nasi berlauk bungkus satu. Duit saya letak sini.” memandangkan makcik kantin sibuk melayan pelajar lain aku mengambil sendiri nasi yang sedia di dalam raga kecil di hadapan. Duit diletakkan disitu juga. Tak perlu berebut.

 

Selesai membeli nasi seperti biasa terus duduk di meja makan disediakan. Setiap kali turun ke kantin meja itu la jadi sasaran aku dengan rakan-rakan yang lain. Orang lain seperti sudah tahu itu port kami dan tak akan duduk jika kami ada di kawasan kantin. Selesa. Bawah kipas dekat dengan sinki. Strategik.

 

“Semalam kat kampung aku ada orang accident. Motor dengan hilux.”

 

Meen yang baru sahaja menelan bebola daging miliknya bersuara. Memecah kesunyian yang sedari tadi hanya bunyi sudu dan garfu berlaga.

 

Aku masih fokus kepada makanan. Tidak berminat nak ambil tahu. Tak kenal siapa-siapa.

 

“Hah siapa? Bila? Kenapa abah aku takde bagitahu aku pun? Siapa meninggal?

 

Si manusia kepoh Iqi bersuara. Setiap kali cakap tak pernah tak bersungguh. Orang dekat tempat dia accident mesti la nak ambil tahu.

 

“Aku tak kenal siapa.”

 

-----

 

Aku naik kereta pulang dari sekolah. Sepupu ambil.

 

“Anaqi dah tak ada.” sepupu aku memberitahu senada.

 

“Dia pergi mana?”

 

Aku yang naif membalas kembali sambil mengambil air 100 plus di sisi. Entah air siapa aku rembat.

 

“Bertemu pencipta. Dia kene langgar dengan hilux semalam. Meninggal kat situ jugak. Kepala pecah.”  

 

Sedaya upaya aku tahan sebak supaya tak mengalirkan air mata. Kuat.

 

 

 

Bila kehilangan tak tahu arah macam mana nak nyatakan. Tiada daya mahu luahkan. Hanya air mata mampu mengembalikan kata-kata terbuku.

 

Hari Raya Haji pertama 2015

 

Mata aku merah. Aku menangis.

Hidung aku berair. Aku berhingus.

 

Sedih kucing aku nama Manja terkorban. Bukan sebab disembelih, tapi dilanggar kereta betul-betu depan aku.

 

Hujan lebat la pulak. Sejuknya!

 

Kehilangan. Hari ini aku tengok orang sekeliling menangis meratapi pemergian orang tersayang.

 

Sedih! Pilu!

 

Aku pernah merasa kehilangan. Pernah menangis jugak akibat rasa kehilangan.

Dulu aku rasa kehilangan yang paling sakit adalah kehilangan orang tersayang.

Sakit. Sumpah sakit.

Dia pergi waktu kita belum bersedia. Dia pergi jauh tinggalkan kita terkapai-kapai walaupun baru semalam bersua cerita. Hari ini ajal menjemputnya jua. Rasa tidak percaya.

 

Tapi......

 

itu dulu.

 

Kini kehilangan yang lebih sakit dari segala sakit ialah hilang rahmat Allah kepada diri. Hilang kasih sayang Allah kepada diri. Hilang perhatian Allah kepada diri. Kita rasa Allah sayang tapi kita alpa.

Sebab Allah sayang, dia beri ujian tanda peringatan tak nak kita hambanya lalai. Bicara Allah memalui ujian mahu menyedarkan kita yang sedang lena dibuai mimpi dunia sementara.

 

 

Kala hilang orang tersayang di dunia kita masih bisa berjumpa di kehidupan kedua di syurga sana. Dengan izin Allah. Tapi bila rahmat Allah hilang apa masih punya jaminan untuk ke syurgaNya?

 

Tepuk dada tanya iman.

 

 

Jujurnya aku dah banyak kali rasa kehilangan.

Aku hilang duit. Hilang kawan. Hilang abang aku. Hilang kucing. Hilang keyakinan. Hilang buku sebab kene curi. Cuma ada satu yang tak pernah lagi aku hilang, nama aku.

 

Salam duka dari aku.

Friday, 27 November 2020

A Purpose of Life

 

4.10 minit pagi. Sabtu.

Hi annyeonghaseyo yeoleobun.

 

What is a purpose of your life?

Apa sebenarnya tujuan kita hidup kat dunia ni?

 

Pernah tak duduk termenung sendiri atau waktu kita tak boleh tidur atau bila-bila sajalah kita terfikir kenapa kita dilahirkan kat dunia ni. Apa tujuan hidup kita? Kenapa kita dilahirkan? Tengok diri sendiri. Flashback balik apa yang kita buat selama belasan tahun, puluhan tahun dalam kehidupan kita.

 

Bangun pagi

Mandi

Solat

Breakfast

Pergi sekolah

Balik sekolah. Ulang benda sama sampai kita habis UPSR, PT3, SPM.

Masuk universiti kerja dan kita ulang benda sama.

 

Kenapa kita buat semua tu?

Sebab semua buat macam tu. So, itulah tujuan hidup kita kan?

Itu yang ramai orang fikir. Bila cukup umur lima tahun kita mula masuk alam menimba ilmu secara formal. Kita belajar lepastu dapat result gempak waktu sekolah rendah pastu pulun lagi waktu sekolah menengah. Dapat masuk universiti lepastu dapat kerja beli rumah, kereta dan kaya raya. Bila kita buat semua ni kita dah dapat bahagiakan parents kita yang dari dulu nak tengok kita berjaya. Lepastu kita ulang benda sama sampailah kita dimamah usia tunggu mati.

 

Aku pun fikir begitu. Aku rasa itulah tujuan aku diciptakan. Hidup untuk puaskan diri sendiri. Jadi pandai dapat result with flying colour naik pentas sekali dengan parents pastu dapat duit dari sedara mara tanda penghargaan. Aku rasa puas.

 

Tapi betul ke itu tujuan hidup kita? Betul ke kita puas dengan apa yang kita tengah buat. Kenapa kita belajar? Sebab kita dapat ilmu. Kenapa kita nak ilmu? Sebab kita nak jadi pandai. Kenapa kita nak jadi pandai? Sebab nak kerja bagus. Kenapa nak kerja bagus? Sebab nak duit. Kenapa nak duit? Sebab nak hidup senang. Nak ada kereta, rumah dan sebagainya. Tapi macam mana kalau suatu hari nanti sijil yang kita dapat tak ada nilai. Nak apply belajar dengan kerja orang dah tak pandang sijil akademik dengan kokurikulum tu semua. Duit sudah tak ada nilai lagi, nak beli barang pun tak pakai duit. Adakah semua masih nak kejarkan duit tu?  Mesti tak nak kan? Buat apa kumpul duit kalau tiada nilai. Sia-sia baik kutip daun senang sikit nak dapat. Korang nak apa sebenarnya ni? Kejar benda yang tak pernah habis dan ulang dalam circle yang sama.

 

Sebenarnya tujuan hidup terletak pada Az-Dzariyat 51:56 dengan Al-Baqarah 2:30.

 

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

(Az-Dzariyat 51:56)

 

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. Mereka berkata, apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujimu dan menyucikan namamu? Dia berfirman, sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Al-Baqarah 2:30)

 

So, what is a purpose of our life?

Yes, as Abid and Khalifah.

 

Sebagai abid dahulu. Maksudnya ibadat kita terhadap Allah. Hidup di atas muka bumi ni kita perlu abdikan diri kita sungguh-sungguh kepada Allah. Kita boleh buat benda lain, tapi tujuan utama kita adalah ibadah terlebih dahulu barulah diikuti dengan perkara lain. Tapi kalau masa 24 jam kita gunakan untuk ibadah saja, mana waktu untuk kita buat benda lain? Bila waktu kita nak belajar, makan, mandi, main frisbee and so on kalau asyik ibadah saja?

 

Islam itu mudah. Tak semestinya kene duduk atas tikar sejadah je baru dikira ibadah. Apa sahaja yang kita lakukan niat kerana Allah dikira ibadah. Tidak semestinya perlu solat sentiasa baru dipanggil kita jalankan tujuan hidup kita sebagai abid. Islam itu menyeluruh. Kita belajar niat nak mengajar kepada orang lain itu dikira ibadah, kita makan bersumberkan sumber yang halal itu ibadah, kita bersuci diri itu dikira ibadah, kita bersukan juga dikira ibadah, kita kerja membantu ekonomi, masyarakat dan negara juga dikira ibadah kerana kita menjalankan fardhu ain dan fardhu kifayah. Sirah, akidah, ilmu hadith dan Al-Quran yang kita belajar itu adalah untuk membentuk kita menjadi abid.

 

Seterusnya khalifah. Kita semua adalah khalifah itu adalah antara anugerah istimewa yang dikurniakan Allah kepada manusia. Sebagai wakil untuk mentadbir dibumi.  Tidak semestinya perlu jadi president negara baru dikira khalifah. Semua di atas muka bumi ini adalah khalifah kepada diri sendiri dan juga orang lain. Kita ajar diri kita untuk jadi abid taat kepada Allah dan kita ajak orang lain untuk bersama-sama menjadi abid jalankan tujuan hidup. Maka kita diwajibkan untuk menerapkan cara hidup berlandaskan rules Islam dengan menegakkan kebenaran, menghapuskan perkara menyeleweng dari ajaran Islam. Dalam menjalankan tujuan hidup sebagai abid dan khalifah ini, kita perlu mengabdikan diri kepada Allah dan wajib menjalankan dakwah dan tarbiah agar seluruh bumi ini kembali kepada rules islam yang sebenarnya.

 

 Percayalah kalau semua orang menjalankan tujuan hidup sebagai abid dan khalifah, graf kebangkitan Tamadun dari zaman nabi sehinggalah zaman kejatuhan Tamadun Uthmaniyah mampu naik kembali. Kita mampu mencapai ustaziatul alam dimana idea dan tatacara hidup mengunakan ajaran Islam. Orang yang bukan Islam dizaman itu tunduk akan cara Islam untuk memajukan tamadun mereka. Kalau dilihat latar belakang orang-orang yang berjaya dulu, semuanya kerana mereka lakukan tujuan hidup.

Tujuan hidup ini mempengaruhi tamadun kita. Semua ilmu perubatan, astronomi, falaq dan teknologi-teknologi lain semuanya diciptakan oleh orang Islam pada mulanya. Resepi untuk mencapai puncak kegemilangan adalah menjalankan tujuan hidup.

 

Maaf kalau ada yang rasa aku provoke dan maaf juga kalau ada yang tak faham dengan apa aku cuba sampaikan. Aku tak pandai nak mengarang. Sebenarnya perkongsian di atas adalah apa yang aku dapat sewaktu aku mula-mula berkenalan dengan usrah dulu. Aku pun membangkang juga dalam diam bila orang yang bawa usrah dulu keluarkan bab tujuan hidup ni. Confused dengan apa yang cuba dia nak sampaikan tentang tujuan hidup. Tapi bila mentelaah balik seronok, banyak ilmu boleh kutip kalau selusuri betul-betul. Sebenarnya graf yang dimaksudkan tu adalah graf kemajuan tamadun dulu sampailah sekarang. Bermula graf berada paling bawah dizaman jahiliyyah sehinggalah naik menjulang apabila semua jalankan tujuan hidup sampailah graf tu jatuh kembali. Nak tahu graf kita berada dimana sekarang? Paling bawah, seolah-olah kita kembali berada di zaman jahiliyyah dulu.

 

Rasanya-rasanya kita mampu tak nak naik kembali ke zaman kegemilangan?

 

Boleh.

Kita mampu mencapai ustaziatul alam kalau kita betul-betul menjadi abid dan khalifah. Selain menjadi penerus sahaja, apa kata kalau kita jadi pemula. Pemula kepada kebangkitan generasi Islam sekarang dengan menanam kembali sifat-sifat Islam dalam kehidupan. Kita tampalkan yang cacat cela dengan hasil dakwah dan tarbiyyah kita.

 

Jadi selamat berbuat tujuan hidup. Yakinlah Allah tidak salah dalam memilih kita.

 

Tidur dulu.

 

 

Sunday, 22 November 2020

Definisi Bahagia


"Pssttt..."


"Want to hear something?"

"No. I don't want to."

"Okay. let me just talk by my own self." 

Menangis dibucu katil.


Everyone know life is full of obstacle and challenges. 

It gives us joy and agony at the same time. 


Hakikatnya semua tak lari dari kisah pahit dan manis. Sungguh bertuah apabila seseorang itu mempunyai banyak coretan menggembirakan berbanding seseorang ynag hidupnya kelam kerana dipalit kisah sepahit hempedu. Sesetengah manusia mengganggap bahagia apabila mempunyai banyak duit, dapat shopping siang malam, travel sana sini, ada kereta dan pakaian berjenama. Tak dinafikan, aku pun pernah berfikiran begitu suatu ketika dahulu.


"Kalau aku kaya mesti bahagia."

"Kalau aku ada pakaian LE mesti ramai kawan"


Well, bila kau hidup untuk dapat good impression daripada manusia, kau juga perlu bersedia untuk kecewa.


Bahagia itu berharga dan tidak semua dapat merasainya tanpa syukur. Bahagia tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bahagia dengan cara salah boleh menghanyutkan kita. Sebab itu lah Allah hadirkan ujian agar kita tidak terbuai dengan kegembiraan dunia yang sementara. Jadi akurlah dengan hadiah berbentuk ujian yang dikirimkan olehNya kerana seperti huruf A yang berakhir dengan huruf Z, perkara lain juga mempunyai penghujung.

Setiap yang diaturkan olehNya itulah yang terbaik untuk hambanya. Dikala ujian datang menghempap memang ramai rebah menyembah bumi, tapi bangkitlah kembali dengan kekuatan baharu. Kita adalah hamba yang diberi tugas untuk berusaha mencapai redhaNya kerana redha dariNya adalah bahagia teragung yang tiada penghujung.

Tuesday, 4 August 2020

Confession


When you confess to me, I was happy.

Everyday my notifications are full of sweets words that give me energy.

I love you and you love me.

 

The moon is brighter, and stars are sparkle than ever in the sky.

Feels like I’m hanging there.

Lovely.

 

I said I got crush on you for a long time and

you said the same thing.

I said to you I was sorry for hurting you

and also, I said I was sorry even you are the one who hurting me.

I got hurt.

My heart broken into pieces.

 

I want you and I got you.

I should be happy.

 

But why I’m still hurting?

 

I’m still lonely even when we're together.

Too hard.

I’m waiting for you

Alone

Asking myself when you want to make a call again

to sing me a lullaby to put me to sleep

 

Is it what we call a relationship?

 

Although I did not understand how

I blame myself for all the things and

forgive you

My love for you

Have hurtled me

I’m sorry.


Sunday, 5 July 2020

Ego


Terasa lucu,

dulunya asal bersua terus menyapa

bila bersama bergurau tak ingat dunia

saat mengilai tak kisahkan sesiapa

tak jumpa sehari boleh naik gila

 

Tapi hari ini adakah masih bersua ?

Iya masih.

 

Cumanya bila berpandangan sengaja memalingkan muka tanda

aku tidak mahu lihat wajah ini. Asing terus antara kami.

Aku tidak kenal sosok wajah ini.

Ianya seperti tidak pernah mengukir kenangan dengan makhluk sesat ini.

 

'Cubalah menyapa dia,' Kata si hati.

 

'Jangan nanti kene palau.' Akal melarang.

 

 

 

Benci ke ?

 

Terasa ke ?

 

Segan ke ?

 

Lupa ke ?

 


Tidak.

 

Benci terhadap mereka ditanam dalam-dalam.

Terasa itu benda lama.

Perasaan segan awal-awal lagi ditolak ketepi.

Mana mungkin lupa, kenangan bersama mereka masih lagi segar tiada satu pun lupa cuma sedikit samar-samar.

 

Mungkin ego penyebabnya.

 

Itulah jawapan kepada segala persoalan.

 

Dia dengan tidak mahu tersenyum kerana takut runtuhnya ego.

Aku tidak mahu menyapa kerana takut lunturnya ego.

Takut untuk saling berpandangan kerana takut robohnya tembok ego.

 

Ego yang dibela ketat-ketat inilah yang menghancurkan segala. Pabila lebih menyayangi ego maka tiada apa yang boleh diperbuat lagi. Akhirnya putuslah tali hubungan yang dibina dengan satu salam suatu ketika dahulu.

 

Ada ke drama seperti ini ?

 

Ada !

 

Tapi ini bukan drama, ini hakikat realiti yang pernah terjadi. Realiti yang mengajar seseorang untuk menghargai seseorang.

 

Saat Allah menghadirkan seseorang, itu petanda permulaan pembelajaran kita.

 

Saat Allah mula menarik seseorang itu untuk menjauh, itu petanda pembelajaran kita hampir sampai ke bab terakhir.

Maka bersedialah untuk menukil chapter lain bersama insan baru yang bakal hadir.

 

Saat Allah mendengarkan kita perkataan selamat tinggal itu petanda pembelajaran kita sudah pun tamat. Disinilah juga kita belajar apa itu erti redha.

 

Allah merencana ini semua kerana Dia yakin bahawa kita juga bisa berdiri sendiri. Tanpa sedar kita berjaya belajar apa yang diajar. Sentisalah menghargai diri sendiri. Letakkan tangan di dada ucapkan tahniah dan terima kasih kepada diri sendiri kerana mampu bertahan sampai kini.